Video: Sarawak Berpotensi Untuk Maju Dan Berjaya – PM

KUCHING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Sarawak mempunyai potensi untuk menjadi sebuah negeri yang maju dan berjaya di dalam Malaysia.

 

“Saya sentiasa berpegang kepada prinsip yang saya adalah Perdana Menteri untuk semua kaum dan saya harus berlaku adil untuk semua.”

 

Najib berkata, selaku ketua, beliau akan terus membantu negeri Sarawak untuk berjaya kerana dia melihat Sarawak berpotensi besar.

 

 

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Perayaan Hari Gawai 2015 di Dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di Jalan Ong Tiang Swee di sini sebentar tadi.

 

“Saya akan memastikan pembangunan di Sarawak seimbang dengan segala pembangunan di semenanjung Malaysia walaupun ia memakan masa.”

 

“Mana mana wilayah dan daerah luar bandar yang belum dibangunkan maka peruntukan akan diberi dan sebab itulah dalam pengumuman Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), saya telah menyatakan bahawa pembangunan luar bandar tetap menjadi keutamaan Barisan Nasional (BN).”

 

Memuji kedudukan Sarawak yang begitu aman, stabil dan harmoni walaupun mempunyai ramai etnik, Najib mengulangi kenyataannya yakni Sarawak adalah model perpaduan dan 1Malaysia.

 

“Saya sering berbangga dengan pencapaian Sarawak .. pemimpin dan rakyatnya selalu komited memberi sokongan kepada kita (BN) biarpun dalam apa situasi,” katanya lagi.

 

 

“Dengan adanya sokongan yang berterusan ini, saya percaya kita boleh mencapai kejayaan yang lebih baik dan saya akan terus memberi sokongan kepada Sarawak.”

 

Mengenai peruntukan khas yang untuk cadangan pembinaan asrama di DBNA, Najib berkata beliau akan berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem mengenainya.

 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah isteri Perdana Menteri Datin Sri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dan isterinya Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Micheal Manyin merangkap Pengerusi Majlis Makan Malam Perayaan Gawai Dayak 2015, Timbalan Ketua Menteri Dato Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah Yusuf, Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri, menteri-menteri dan ahli dewan undangan negeri. – Sarawakiana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.