Sheikh Ghonim Fasih ‘Kecek Kelate’ Beri Khutbah Jumaat Di PWTC Esok

KUALA LUMPUR – Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim dijadualkan akan menyampaikan khutbah Solat Jumaat di Surau Arrahman, PWTC, di sini, esok dan seterusnya akan turut mengimamkan solat tersebut.

 

Graduan Universiti al-Azhar, Mesir ini yang lebih dikenali dengan gelaran Sheikh Ghonim berkebolehan berbahasa Melayu loghat Kelantan dengan fasih yang mampu dikuasainya dalam masa sembilan bulan sahaja.

 

Atas kebolehan itu, beliau banyak menerima undangan menyampaikan tazkirah, khutbah dan ceramah agama di negara ini.

 

Beliau sebelum ini pernah menjadi ahli Majlis Fatwa Al-Azhar Cawangan Tanta, Mesir termuda dan kini dimaklumkan dipinjamkan menjadi Mufti di Perancis.

 

Sehubungan itu, para jemaah muslimin dialu-alukan hadir untuk bersolat Jumaat di surau tersebut bagi mendengar intipati khutbah beliau, mudah-mudahan memberi ilmu dan manfaat kepada semua.

 

Bagi yang tidak berkesempatan untuk mendengar khutbah beliau secara langsung, UMNO-Online akan merakamkan dan memuatnaik video tersebut di laman web ini serta di youtube.-Media UMNO. – UMNO-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.