Selangor Rehatkan Nazmi Faiz

Walaupun kempen pemain tengah Nazmi Faiz Mansor bersama skuad Bawah-23 Tahun Sukan SEA negara berakhir awal, namun Selangor tidak bercadang memanggilnya lagi.

 

Nazmi digantung enam perlawanan selepas insiden meludah pemain Timor Leste dalam perlawanan pembukaan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee Sabtu lalu.

 

Menurut pengendali Red Giants, Mehmet Durokovic menjelaskan pemain itu akan diberi pelepasan sehingga 11 Jun depan walaupun pasukan itu turun berlatih pada Khamis.

 

“Dia melalui musim yang mengagumkan dan bermain dalam kesemua perlawanan.

 

“Dia memerlukan cuti selepas berlatih dengan gigih bersama pasukan Malaysia dan Selangor.

 

“Sekurang-kurangnya dia memerlukan rehat seminggu. Dia perlu pergi bercuti dan kembali dengan keadaan baik dan cergas,” kata bekas pemain pertahanan itu.

 

Mengulas mengenai insiden (meludah) di Sukan SEA Singapura, Durokovic mahu Nazmi bersikap lebih matang pada masa akan datang.

 

“Ia tindakan yang kurang bijak. Dia bintang muda negara dan tempatnya dalam skuad Selangor tidak terjejas.

 

“Dia perlu kawal emosinya. Kami sedia membantunya kerana dia masih muda.”

 

Selangor akan mengatur perlawanan persahabatan dengan Papua New Guinea pada 10 Jun sebagai persiapan menghadapi Liga Super. – StadiumAstro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.