Pihak Matrikulasi Perlis Jawab Isu Rantai Kunci Lambang Salib

SHAH ALAM – Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis, Nuzrin Nuiman tampil menjawab isu ‘salib’ yang dikatakan terdapat pada rantai kunci yang diberikan oleh pihak kolej berkenaan kepada pelajar baharu sesi 2015/2016 minggu lalu.

 

Nuzrin berkata, pihak kolej pada Sabtu lalu telah menerima aduan daripada seorang pelajar yang mendakwa terdapat lambang salib pada rantai kunci kolej.

 

“Sebenarnya simbol seumpama lambang salib itu digunakan untuk dijadikan tapak untuk melekatkan plate logo Kolej Matrikulasi Perlis.

 

“Untuk mengelakkan isu ini berpanjangan, pihak kolej telah memaklumkan kepada pembekal untuk menarik balik dan menggantikan dengan kunci rantai yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

 

Mengulas lanjut, Nuzrin berkata, pada Ahad lalu, pihak kolej telah membuat pengumuman kepada semua pelajar untuk menyerahkan semula rantai kunci yang dibekalkan kepada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Matrikulasi Perlis.

 

“Proses kutipan balik selesai pada 1 Jun (kelmarin) dan diserahkan kepada pembekal,” katanya.

 

Isu berkaitan lambang salib ini telah menjadi viral di laman sosial sejak petang semalam. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.