Najib Banyak Bantu Sarawak, Kata Adenan

KUCHING – “Kita di Sarawak tahu berterima kasih dan ingat budi,” tegas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

 

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh lima tahun telah melakukan banyak perkara kepada Sarawak.

 

“Lihat di sebelah kiri, kanan, depan dan belakang. Anda tidak keseorangan dan ini hanya permulaan dan esok lebih ramai lagi hadir bagi menunjukkan sokongan kepada Najib.

 

“Kali ini menunjukkan kita di belakang Najib datang susah mahupun senang. Setiap masa, walau apa pun keadaan tanpa syarat,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Perayaan Gawai Dayak 2015 yang dihadiri Najib di Dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di Jalan Kumpang hari ini.

 

Tambah Adenan, sokongan itu bukan kerana takut tetapi kerana ia adalah perkara yang betul.

 

“Kita menunjukkan kesetiaan selama bertahun-tahun dan pada masa hadapan.

 

“Jangan letak jawatan, terus melakukan kerja anda,” jelasnya.

 

Dalam pada itu, Adenan meminta agar isu 1MDB dapat diselesaikan dengan seberapa segera. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.