Jika Tak Setuju Dengan PM, Letak Jawatan Secara Terhormat, Kata Zahid Hamidi

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata semua anggota Kabinet wajib bersetuju dengan Perdana Menteri dalam semua keputusan yang dibuat.

 

Beliau berkata, jika ada anggota Kabinet yang hilang kepercayaan, mempertikai keputusan dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka terhadap keputusan Perdana Menteri, cara terhormat yang boleh dilakukan adalah meletakkan jawatan.

 

“Kuasa melantik dan memecat anggota Kabinet adalah kuasa mutlak Perdana Menteri.

 

“Sudah tentu cara terhormat adalah meletak jawatan (jika tidak bersetuju dengan Perdana Menteri).

 

“Tidak perlu tunggu Perdana Menteri buat pemecatan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di sini, sebentar tadi.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi ‘kata dua’ kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu supaya bersama beliau berhubung isu 1MDB atau meletakkan jawatan. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.