Bayi Berusia Tiga Hari ‘Dimakan’ Semut

Seorang bayi dipercayai berusia tiga hari ditemui penuh dengan semut dan meraung kesakitan dalam kawasan semak di sini.

 

Menurut polis, bayi itu ditemui di pinggir di Chelyabinsk, bandar di tengah Russia.

 

Mangsa dipercayai tidak akan selamat jika terbiar lebih lama.

 

Dia ditemui seorang lelaki yang mengambil jalan pintas untuk ke tempat kerja, kelmarin.

 

Seorang jurucakap polis berkata: “Lelaki itu mendengar tangisan bayi ketika berjalan ke tempat kerja.

 

Dia mencari kawasan sekeliling sebelum menemui bayi itu di atas longgokan daun dan penuh dengan semut. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.