Aksi Tidak Senonoh Cristiano Ronaldo Dikecam Ramai

Baru-baru ini foto pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo yang sedang bercuti di St Topez menjadi tumpuan selepas mempamerkan tubuh badannya yang sasa dan seksi di atas kapal layar mewah.

 

Tapi nampaknya keperibadian dan ketampanan pemain untuk pasukan Real Madrid ini mungkin tercalar selepas sebuah foto yang ditangkap oleh paparazzi berjaya merakam momen yang sungguh memalukan.

 

Apa tidaknya, jejaka berusia 30 tahun itu dilihat sedang membuang air kecil secara sembarangan berhampiran sebuah kereta di bahu jalan.

 

Menerusi foto tersebut, CR7 sedang bersembunyi di sebalik sebuah kereta sambil diawasi oleh beberapa orang polis selepas berparti di sebuah kelab malam di kawasan St Topez.

 

Selesai membuang air kecil berhampiran kenderaan tersebut, Cristiano terus diiringi dua orang polis beredar dari tempat tersebut.

 

Foto tersebut mendapat reaksi negatif oleh pengguna Internet yang menganggap tindakan Cristiano Ronaldo sangat memalukan dan mencalarkan imejnya yang sebelum ini dianggap sebagai contoh yang baik terutamanya buat kanak-kanak dan remaja. – Astro Gempak

 

cristiano-ronaldo-caught-peeing-public-1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.