UIA Dilanda Banjir Kilat, Tengelam Ibarat Lautan

Kuala Lumpur – Hujan lebat yang berterusan petang tadi telah mengakibatkan beberapa kereta tenggelam akibat banjir kilat yang melanda kampus Universiti Islam Malaysia (UIAM) di Gombak.

Menurut laporan Harian Metro, Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat UIAM berkata, keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas air mula surut.

“Kejadian itu tidak menjejaskan operasi harian universiti termasuk penuntut yang sedang menduduki peperiksaan semester.

“Walaupun beberapa kenderaan dinaiki air, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya.

Kejadian itu berpunca limpahan air daripada beberapa anak sungai berdekatan yang memasuki kawasan berkenaan hingga mencecah paras pinggang.

Ia berlaku di Jalan Al Jamiah di universiti berkenaan.

Beberapa pelajar UIAM telah memuat naik gambar situasi di kampus berkenaan :

 

UIA Banjir 2

 

 

 

 

 

 

UIA Banjir 3

 

 

 

 

 

 

UIA Banjir 4

One thought on “UIA Dilanda Banjir Kilat, Tengelam Ibarat Lautan

  • June 4, 2014 at 10:21 pm
    Permalink

    Kalau banjir kilat memang cepat betul naik..memang x sempat la nak alih kereta,tengok-tengok je da tenggelam..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.