Belum Sempat Jejak SPRM, Pamela Ling Hilang, SPRM Serah Siasatan kepada Polis

- Advertisement -

PUTRAJAYA, – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan sepenuhnya siasatan kehilangan Pamela Ling Yueh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas wanita itu gagal hadir ke ibu pejabat SPRM pada 9 April lalu.

Dalam satu kenyataan media, SPRM menjelaskan bahawa Pamela, seorang warganegara Malaysia, telah diminta hadir bagi membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Namun begitu, wanita berusia 42 tahun itu tidak hadir seperti dijadualkan, malah peranti komunikasinya juga gagal dihubungi oleh pegawai SPRM. Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat oleh peguam yang mewakilinya pada hari yang sama.

“Sehubungan itu, SPRM menyerahkan usaha mengesan wanita terbabit kepada pihak PDRM berdasarkan laporan polis yang telah dibuat,” menurut kenyataan tersebut.

SPRM turut menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menyebarkan maklumat daripada sumber berita yang tidak sahih, sebaliknya memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Pamela Ling Yueh, isteri kepada ahli perniagaan dari Sarawak, Datuk Seri Thomas Hah Tiing Siu, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat SPRM. Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan, iaitu berhubung penculikan atau melarikan orang dengan niat mengurung secara salah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan bagi memastikan keselamatan wanita tersebut.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat