DAP Mahu Jayakan Tsunami

KUALA LUMPUR – DAP sengaja memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana mahu pengaruh bekas Perdana Menteri itu menarik lebih ramai sokongan orang Melayu kepada gabungan pembangkang PKR sekali gus menambah perpecahan dalam kalangan kaum tersebut kata Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau berkata, melihat langkah sedemikian merupakan peluang terbesar kepada DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk memenuhi impian mereka mahu mentadbir negara.

“Agenda mereka memang ma­hu pecah-belahkan orang Mela­yu.

“Mereka lihat sekarang merupakan peluang yang besar sekali dengan Dr Mahathir bersama mereka,” katanya, petik Utusan.

Sehubungan itu, dalam ceramah mega di Per­kampungan Juru, Batu Kawan, Pulau Pinang semalam, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng percaya tsunami Melayu akan berlaku pada PRU-14 sekali gus akan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, di de­pan hadirin yang sebahagian besar adalah kaum Cina, kedua-dua­nya berkata, namun perkara itu dinafikan oleh pucuk pimpinan BN.

Susulan itu, Guan Eng juga mendakwa orang Melayu di Pulau Pinang akan menolak BN dalam PRU-14.

Sementara Kit Siang pula me­ngakui beliau tidak mampu bertahan untuk menghadapi PRU-15 jika pembangkang masih gagal menawan Malaysia dalam PRU-14 atas faktor usia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.