Getah Paip Bukan SOP Disiplinkan Pelajar

SHAH ALAM – Madrasah Tahfiz al-Jauhar (MTAJ) tidak pernah bersetuju sama ada melalui lisan atau niat menggunakan getah paip untuk mendisiplinkan pelajarnya.

Jemaah Pengurusan MTAJ berkata, penggunaan getah paip bukanlah keputusan mesyuarat atau menjadi tatacara operasi standard (SOP) mereka untuk mengambil tindakan disiplin.

“MTAJ ada pendirian untuk tidak pertahankan perkara salah lebih awal sebelum tuan puan mengikuti perkembangan kes ini,” katanya dipetik daripada Facebook rasmi madrasah itu.

MTAJ berkata, tindakan pembantu warden yang memukul pelajar menggunakan getah paip tidak boleh dijadikan alasan untuk mencemuh pusat pengajian Islam secara keseluruhannya.
“Kita semua jelas apa pendirian Islam tentang menghukum seseorang. Begitulah dalam konteks kes ini, apalagi untuk disalahkan madrasah lain.

“Kami tidak mempertahankan pembantu warden berkenaan, malah bersetuju supaya hukuman dikenakan jika disabitkan kesalahan di mahkamah,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kematian Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Gaddafi, MTAJ berkata, tidak ada sebab mengapa pihaknya perlu mendera pelajar itu.

“MTAJ mempunyai lebih 80 pelajar melebihi tempoh satu tahun yang mungkin sedikit antara mereka ada masalah lebih besar dari sudut disiplin dan sahsiah.

“Mengapa kanak-kanak itu perlu didera sedangkan arwah baru berusia 11 tahun dan hanya mengikuti pengajian selama 57 hari,” katanya.-SInar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.