Pokok Tumbang, Wanita Cina Mati Terkejut

Kuala Lumpur – Sebuah pokok tumbang di Jalan Development Kepong Metro Prima pada pukul 6.02 petang Sabtu menyebabkan seorang maut.

Namun menurut pihak bomba, mangsa meninggal dunia bukanlah disebabkan dihempap pokok tetapi mungkin kerana terkejut atau masalah kesihatan.

Mangsa yang ditemui maut di tempat kejadian merupakan seorang wanita berbangsa Cina berusia 42 tahun.

Pegawai Operasinya, Pegawai Bomba Kanan 2 Mohd Razi Mohd Zin memberitahu bahawa pihak Balai Bomba Dan Penyelamat Jinjang telah ke tempat kejadian sekitar jam 6.14 petang.

“Kejadian berlaku berkemungkinan disebabkan hujan lebat petang tadi namun tiada kerosakan harta benda dilaporkan” katanya lagi ketika dihubungi Astro AWANI.

Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana pokok tersebut tumbang di bahu jalan. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.