Pelakon Ayu Raudhah Selamat Lahirkan Anak Kedua

Kuala Lumpur – Pelakon cantik Ayu Raudhah selamat melahirkan anak keduanya pada jam 2.15 petang Jumaat.

Ayu menerusi laman instagram miliknya memberitahu bayi lelaki seberat 2.73 kg itu lahir dengan selamat dan berada dalam keadaan yang sihat.

Di samping itu, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan ini juga turut melahirkan rasa gembira dan syukur dengan kelahiran cahaya mata yang kedua.

Pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.