PAS Adalah Pengkhianat! – Kata Guan Eng

Kuala Lumpur – PAS akan mengkhianati semua pengundi bukan Islam yang mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika meneruskan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perbuatan PAS itu juga secara tidak langsung memberi peluang kepada parti lawan untuk memecahbelahkan kekuatan pakatan pembangkang.

“Jika PAS terus bekerjasama dengan UMNO untuk melaksanakan hudud, nampaknya parti itu memang cukup mudah untuk tertipu dan lebih teruk mengkhianati pengundi bukan Islam.

“PAS juga melakukan percanggahan kerana terus berada dalam pakatan tetapi pada masa sama menjalin kerjasama dengan UMNO melaksanakan hudud,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng turut menyindir PAS dengan mendakwa parti itu menang kerusi PRU13 bukan kerana mengetengahkan hudud sebaliknya berpegang kepada isu ekonomi, integriti dan akauntabiliti.

“Jika UMNO boleh mendapatkan ramai pengundi Melayu tanpa berkempen tentang hudud, PAS pun sepatutnya boleh begitu,” tegasnya.

Media pada 2 Mei lalu melaporkan, kerajaan Pusat dan Kerajaan Pas Kelantan sepakat menubuhkan satu jawatankuasa teknikal khas peringkat kebangsaan bagi memastikan hudud dapat dilaksanakan di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik berkata, jawatankuasa tersebut yang akan dibentuk tidak lama lagi berperanan mengkaji peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memberi penerangan kepada semua pihak termasuk masyarakat bukan Islam mengenai pelaksanaannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.