Kaitkan Penahanan Militan Dengan MH370, Khalid Selar dakwaan Daily Mirror

Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyelar dakwaan akhbar tabloid United Kingdom, Daily Mirror bahawa 11 militan yang ditahan mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Khalid berkata, dakwaan itu tidak masuk akal dan tidak berkait langsung dengan kehilangan pesawat malang itu.

“Tiada kaitan langsung tangkapan berkenaan dengan MH370,” katanya ketika dipetik dalam laporan Daily Mirror hari ini.

Semalam, Daily Mirror melaporkan 11 individu dipercayai terbabit dengan kumpulan Al-Qaeda yang ditahan kelmarin mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan penerbangan MH370.

Suspek yang ditahan di Kuala Lumpur dan Kedah minggu lalu dipercayai menganggotai kumpulan pengganas yang sedang merancang serangan bom di negara Islam, menurut laporan akhbar itu.

Kebanyakan media melaporkan suspek yang berumur antara 22 dan 25 tahun itu, mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.