Gerakan lancar ‘Save Malaysia, No Hudud’

KUALA LUMPUR 3 Mei – Parti Gerakan hari ini melancarkan laman Facebook ‘Save Malaysia, No Hudud’ bagi terus menyatakan pendirian untuk menolak pelaksanaan hudud di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Liang Teck Meng berkata, laman Facebook itu akan menjadi saluran bagi me­nyam­paikan maklumat dan pan­dangan mengenai hudud, selain platform perbincangan bersama orang ramai ber­hubung perkara itu.

“Ia (laman Facebook) akan menjadi platform terbaik bagi kita berinteraksi dengan orang ramai selain menyampaikan pandangan mengenai hudud,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman Facebook itu di Menara PGRM, di sini hari ini.

Liang berkata, Gerakan menghormati agama Islam, namun undang-undang Islam itu tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya.

“Saya ingin menegaskan pendirian kami bahawa tidak se­mestinya antihudud itu anti-Islam…Cuma hudud ti­dak sesuai dilaksanakan di negara ini,” katanya. – BERNAMA

One thought on “Gerakan lancar ‘Save Malaysia, No Hudud’

  • May 4, 2014 at 2:00 pm
    Permalink

    Jami tetap akan menyokong hudud
    gerakan boleh belah dah kalah teruk jgn nak buat pandai2.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.