Enam Maut 19 Hilang, Feri Karam Di Bangladesh

DHAKA: Enam maut dan sekurang-kurangnya 19 yang lain hilang selepas sebuah feri karam pada Sabtu akibat dilanda ribut di selatan Bangladesh, kata pegawai kerajaan.

Feri MV Shatil karam di tengah-tengah sungai dekat Kalagasia, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka, ibu negara Bangladesh.

“Kira-kira 12 penumpang terselamat dengan berenang ke darat. Mereka yang terselamat memberitahu kita bahawa 25 orang lagi berada di dalam feri ketika ia karam,” kata pentadbir daerah, Kazi Sayemuzzzamanhe kepada AFP.

“Penduduk tempatan setakat ini menjumpai enam mayat,” kata pegawai itu lagi.

Beliau menambah, bot penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk mengangkat feri yang karam.

Kebanyakan kemalangan berlaku ketika musim ribut antara April dan Jun.

Pakar-pakar punca kejadian bagi kebanyakan tragedi yang berlaku adalah kelemahan kapal-kapal dari segi penyelenggaraan dan lebih muatan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.