DUN Sarawak, Bentang 6 Usul Esok

Kuching – Sebanyak enam usul akan dibentangkan pada mesyuarat pertama bagi penggal ke empat Dewan Undangan Negeri Sarawak ke 17 yang akan bermula 5 Mei sehingga 15 Mei, 2014.

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Asfia Awang Nassar, persidangan DUN Sarawak kali ini akan dirasmikan esok hari Isnin, 5 Mei 2014.

Dua rang undang-undang turut akan dibentangkan iaitu berkaitan dengan pembekalan tambahan (2013) 2014 dan rang undang-undang Pusat Biodiversiti Sarawak (pindaan) 2014.

Persidangan kali ini turut menyaksikan sebanyak 319 soalan akan dikemukakan oleh Ahli DUN yang berkaitan.

Asfia berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat parti Barisan Nasional (BN) menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bermula esok dan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako, Kuching, Sarawak pada hari Ahad.

Majlis perasmian Pembukaan Sidang DUN Sarawak esok akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baru iaitu Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan juga Ketua Menteri Sarawak yang baru, Tan Sri Adenan Satem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.