Cincin Pertunangan George Clooney Bernilai RM2.4 Juta

 

PERTUNANGAN George Clooney dan kekasihnya Amal Alamuddin mengejutkan ramai pihak apalagi pasangan itu begitu cepat merasmikan hubungan mereka selepas tujuh bulan berkenalan.

Bagaimanapun, pertunangan mereka bukan saja mengejutkan tetapi cincin pertunangan George yang diberikan kepada Amal turut menjadi bualan ramai.

Menurut laporan E! Online, bintang The Monuments Men itu telah menghabiskan wang sebanyak RM2.4 juta hanya untuk membeli sebentuk cincin.

Cincin tersebut dihiasi batu berlian tujuh karat dan ia telah diberikan kepada Amal dengan gaya persembahan yang cukup mewah ketika pasangan itu makan malam di London pada minggu lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.