Anak Muda Meluat Pemimpin UMNO Hanya Fikir Kuasa

 

KUALA LUMPUR – Pemimpin Umno yang hanya berfikiran hendak mengekalkan kuasa mereka telah menyebabkan Umno semakin dipinggirkan oleh golongan anak muda.

Ketua Bahagian Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, oleh itu Umno perlu berubah, demi kelangsungan survival politiknya.

“Pemimpin Umno yang hanya berfikir hendak kekal kuasa telah menyebabkan anak muda makin jauh daripada Umno.

“Ini menyebabkan anak muda sukar untuk mendekati Umno kerana ‘halangan’ tersebut.

“Oleh itu,pemimpin Umno perlu memberi ruang dan peluang kepada anak muda yang mempunyai daya kepimpinan supaya masuk Umno,angkat mereka sekiranya mempunyai ‘semangat untuk memimpin’.

“Jadi Umno ada pelapis, sekaligus dapat menarik anak muda menyertai Umno,” katanya ketika sesi retreat pemimpin muda dan dialog bersama pemimpin anjuran Biro IPT Umno Cheras di Berjaya Times Square hari ini.

Oleh itu, Syed Ali menegaskan bahawa anak muda perlu diberi lebih peluang dalam Umno bagi memastikan anak muda tidak jauh daripada Umno.

“Bagi mereka peluang, dekati mereka lagi, kalau mereka ada daya kepimpinan, kita serlahkan lagi kepimpinan mereka itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.