Polis Siasat Label ‘Kuil Haram’ di Google dan Waze, Tidak Tolak Guna Akta Hasutan

- Advertisement -

CYBERJAYA : Pihak polis kini menjalankan siasatan terhadap tindakan pelabelan beberapa kuil Hindu sebagai “haram” di aplikasi Google Maps dan Waze, yang disyaki melanggar undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), khususnya berkaitan penyalahgunaan rangkaian.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan juga boleh dijalankan di bawah Akta Hasutan jika terdapat elemen yang menghasut dalam kandungan tersebut dan ini bergantung kepada kandungan tersebut.

Timbalan Pengerusi pertubuhan hak asasi Urimai, David Marshel, sebelum ini menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan segera dengan bekerjasama bersama Google untuk memadam label “kuil haram” yang muncul pada beberapa lokasi rumah ibadat Hindu dalam Google Maps.

Isu ini turut mendapat perhatian selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memanggil pentadbir sebuah kumpulan Facebook berkaitan rumah ibadat yang didakwa tidak berdaftar atau “haram”.

Kes ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya komuniti India, yang melihat tindakan pelabelan ini sebagai tidak sensitif dan boleh mencetuskan ketegangan agama jika tidak ditangani segera.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat