100 Rumah Sementara Ditawarkan kepada Mangsa Letupan Paip Gas Putra Heights – Amirudin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan Negeri Selangor akan menawarkan lebih 100 rumah sementara kepada mangsa insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights menerusi skim SMART Sewa Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata sebahagian kadar sewaan rumah berkenaan akan ditanggung oleh kerajaan negeri sebagai langkah membantu mangsa yang terjejas.

“Rumah sementara ini akan disediakan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), selain turut mendapat kerjasama daripada pihak Airbnb.”

Beliau berkata, ketika ini pihaknya masih mengenal pasti lokasi kediaman sementara berkenaan, namun mangsa dijangka dapat memasuki rumah tersebut bermula minggu hadapan.

“Sebahagian mangsa akan ditempatkan di Kota Warisan, Sepang, manakala bakinya bakal mendiami rumah di beberapa kawasan yang akan dikenal pasti kemudian.”

“Kita cuba menyediakan rumah sementara di kawasan berhampiran, namun ia bergantung kepada ketersediaan dan jumlah unit rizab dalam pegangan kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Dalam insiden letupan itu, saluran paip gas milik PETRONAS sepanjang 500 meter terbakar kira-kira jam 8 pagi, menyebabkan api menjulang tinggi dan kelihatan dari beberapa kilometer jauhnya.

Susulan kejadian, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menandakan struktur rumah yang terjejas bagi menilai tahap keselamatan sebelum siasatan lanjut dijalankan.

Sementara itu, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak memaklumkan bahawa lebih ramai mangsa dijangka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing bermula hari ini.

“Kumpulan kedua mangsa ini akan dibenarkan pulang ke kediaman mereka hari ini, selepas pihak berkuasa teknikal mengesahkan kediaman mereka selamat diduduki semula.”

“Mereka hanya akan dibenarkan pulang selepas pihak berkuasa membuat sambungan semula perkhidmatan utiliti di lokasi ditetapkan,” katanya lagi.

 

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat