Pavilion Malaysia menang emas pertama di Ekspo 2020 Dubai

- Advertisement -

DUBAI: Pavilion Malaysia merangkul Anugerah Emas pertamanya bagi kategori Tafsiran Tema sempena Anugerah Pavilion Ekspo 2020 Dubai, yang dihoskan penganjur Bureau International des Expositions.

Mengulas pencapaian itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia satu kemenangan penting bagi negara kerana ini Anugerah Emas pertama Malaysia di Ekspo Dunia, sekali gus mencerminkan kejayaan dalam memberitahu dunia tentang komitmen negara ke arah kelestarian menerusi pengekalkan biodiversiti.

“Kami amat berbangga dengan anugerah ini oleh penganjur Ekspo 2020 Dubai. Kami harap kami telah meninggalkan impak positif kepada pengunjung Pavilion Malaysia dan memberi inspirasi ke arah perubahan dalam apa juga cara yang mereka boleh.

“Sebagai kementerian yang menerajui penyertaan Malaysia di Expo 2020 Dubai, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menyumbang kepada kejayaan Pavilion kita dalam menceritakan kisah Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan berkata, anugerah itu bukti minda kreatif rakyat Malaysia dalam mereka bentuk pavilion yang melestarikan alam sekitar dari aspek pembinaan hingga kepada penggunaan sumber bahan mentah, serta sumber tenaga.

“Usaha kami ini juga membolehkan kami mendapat pengiktirafan sebagai pemasangan Net Zero Carbon pertama di Expo 2020 Dubai,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat