Ebit Lew Hadiahkan Perodua Bezza Kepada Akak Viral

- Advertisement -

TERENGGANU: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menghadiahkan sebuah kenderaan kepada akak viral kerana kebaikkannya menjaga makciknya sakit OKU.

Menerusi catatan Facebook Ebit Lew, akak viral yang dikenali yati seorang peniaga aiskrim menerima sebuah kereta jenis Perodua Bezza selepas kisah wanita itu tular di media sosial.

“Sebak syukur rasa,

”1 Ramadhan kami dapat hadiahkan kereta Perodua Bezza baru untuk akak yang viral kebaikannya menjaga makciknya sakit oku dengan bawa berniaga kemana-mana dalam motor roda tiga di Terengganu. Syukur pada Allah sangat-sangat.

”Lepas Subuh terus ke Terengganu. Sampai tadi akak ni terkejut dan gembira. Saya terus bawa kakak ni beli kereta dekat Perodua Kuala Terengganu. Baik layanan semuanya terus kami bayar cash kereta ni untuk hadiah pada kakak ni.” Kata Ebit Lew.

Cerita Ebit Lew, akak ni kuat kerja jual aiskrim potong. Siapa nak beli aiskrim potong beliau akan hantar dengan motor roda 3 ke mana-mana.

Katanya lagi, akak ini juga tidak suka bergantung dan berharap pada sesiapa.

”Jika sesiapa nak bantunya boleh beri aiskrim potongnya dan sponsor ke untuk anak yatim atau majlis buka puasa.

“Sebelum ini sambung ijazah sarjana master tapi terhenti kerana keadaan kewangan dan menjaga makcik yang sakit.” Ujar Ebit Lew lagi.

Kongsi Ebit Lew lagi, Makcik tadi tiba-tiba pegang tangan saya cium dan ketawa gembira je bila dapat kereta baru.

“Semoga Allah berkati keluarga ini dan berikan rezeki mencurah-curah buatnya.” Katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat