COVID: 47 kilang Di Pulau Pinang Ditutup Sementara Sejak Januari – Ketua Menteri

GEORGE TOWN: Sejumlah 47 kilang di Pulau Pinang diarahkan tutup buat sementara waktu dalam tiga bulan pertama tahun ini kerana COVID-19.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata peningkatan kes COVID-19 dalam industri pembuatan di Pulau Pinang membimbangkan sehingga dirasakan timbul keperluan untuk menjadikan inisiatif [email protected] Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai mandatori di tempat kerja.

“Memandangkan hampir 50 kilang ditutup sementara antara Januari hingga Mac tahun ini kerana COVID-19, kami berharap prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di bawah program sukarela [email protected] dijadikan mandatori dan diamalkan sepenuhnya di semua tempat kerja,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi “Penang Smart Parking” versi 2.0.3 pada Sabtu

Inisiatif [email protected] MITI adalah satu set SOP yang boleh dilaksanakan syarikat di dalam sektor pembuatan, meliputi tanggungjawab majikan untuk menyediakan tempat tinggal yang selamat untuk pekerja dan mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Program sukarela itu menggariskan tanggungjawab berkaitan pengurusan pekerja yang positif COVID-19, kontak rapat, saringan kesihatan selain langkah-langkah untuk menghindari jangkitan dalam kalangan pekerja dengan memperkenalkan protokol Gelembung Kerja Selamat.

Chow berkata konsep Gelembung Kerja Selamat dilihat mampu membantu mengawal jangkitan COVID-19 di parameter tertentu dengan mengatur pekerja di sesebuah kilang dalam beberapa kumpulan.

“Pekerja-pekerja di dalam sebuah kumpulan akan tinggal bersama dalam bangunan kuarters tertentu dan pergi serta balik kerja di dalam pengangkutan yang sama, akan membantu mengawal jangkitan COVID-19 dalam satu tahap yang lebih mudah diuruskan,” kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo berkata kedua-dua pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai telah mengarahkan penutupan sementara kira-kira 1,600 premis terdiri daripada kilang, restoran, medan selera, pasar dan lain-lain, sejak Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula.

Beliau berkata setakat ini, kedua-dua pihak berkuasa tempatan juga telah mengadakan pemeriksaan SOP di 1.6 juta premis di seluruh negeri.

-BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

Malaysia Sasar Muncul Lima Teratas Dunia Dalam Industri Acara Perniagaan

KUALA LUMPUR: Malaysia berusaha untuk menjadikan industri acara perniagaan berada pada kedudukan lima teratas dunia dalam tempoh 10 tahun sebagaimana digariskan dalam Pelan Pemasaran Strategik...

Celcom-Digi mesti untungkan semua- Tok Mat

KUALA LUMPUR Celcom Digi Bhd (Celcom Digi), entiti yang terbentuk menerusi penggabungan operasi telekomunikasi Axiata Group Bhd dan Telenor ASA di Malaysia bakal menjadi...

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia naik semula daripada penurunan selama dua hari berturut-turut pagi ini, selepas aktiviti belian saham pada harga rendah dalam pasaran tempatan. Pada...