Awas SMS Tipu, Minta Akaun Bank dan MyKad Konon Untuk BPN – Polis

- Advertisement -

Orang ramai diminta berhati-hati dan tidak terpedaya dengan penipuan sindiket cuba memanipulasi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan kerajaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya mengesan terdapat usaha sindiket penipuan cuba menghantar pesanan ringkas secara rambang kononnya mangsa layak menerima BPN.

Menurutnya, malah sindiket ini juga meminta mangsa menghantar Mykad dan akaun bank konon untuk proses kelulusan memasukkan wang itu.

“Walaupun setakat ini kita belum menerima laporan penipuan ini namun orang ramai diminta lebih berhati-hati.

“Jangan berurusan dengan kelompok atau individu yang konon mewakili kesatuan supaya anda tidak ditipu,” katanya pada sidang media di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd Zakaria berkata, masyarakat perlu mengikuti perkembangan dan menyemak dengan pihak yang betul seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mengelak ditipu.

“Kita memantau rapi perkara ini yang mana unit siber sedang mengesan suspek untuk mencari puncanya.

“Polis juga akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melakukan penipuan ini supaya hak rakyat tidak dimanipulasi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga setakat ini belum menerima laporan berhubung penipuan membabitkan pengeluaran wang pada akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Bagaimanapun suka kita ingatkan supaya berhati-hati dan berurusan dengan pihak yang berkenaan sahaja.

“Saya harap masyarakat lebih prihatin bagi mengelak mereka menjadi mangsa penipuan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat