Mesej Tular: MEPS Nafi Ada ATM Bermasalah

KUALA LUMPUR – Satu penyebaran maklumat yang tular di aplikasi media sosial mendakwa orang ramai tidak dapat mengeluarkan wang tunai di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dikesan telah berlaku.

Sehubungan itu, MEPS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan bahawa rangkaian ATM kendaliannya yang merangkumi 20 bank berfungsi dengan lancar seperti biasa.

Sepanjang enam bulan yang lalu, Rangkaian ATM bersama MEPS seluruh Malaysia telah mencapai 100 peratus ketersediaan dan telah berjaya memproses lebih daripada 142 juta transaksi pengeluaran tunai di ATM, lapor Awani

Dari Oktober 2017 hingga Mac 2018, hanya 0.02 peratus daripda jumlah transaksi pengeluaran tunai menghadapi masalah, yang mana sebahagian besarnya disebabkan oleh isu-isu terpencil di ATM tertentu sahaja.

Sekiranya insiden seperti ini berlaku, pihak bank lazimnya akan membuat pembayaran balik di antara 2 hingga 4 hari bekerja.

Pemegang Kad ATM dinasihatkan untuk menghubungi pihak bank masing-masing sekiranya terdapat masalah pengeluaran wang tunai di ATM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.