Video : Debat Di Antartika, Penguin Jadi Penonton – Nazri

KUALA LUMPUR – “Kalau dalam Malaysia tak boleh, kita buat di Antartika kat sana penguin banyakkan.. Mereka tak faham Melayu dan Inggeris, jadi dia orang boleh jadi perusuh,”katanya menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang turut mencadangkan acara diadakan di auditorium polis di Cheras.

Beliau mengakui amat terkejut apabila polis membatalkan debat itu atas alasan keselamatan.

“Saya sangat terkejut dan amat kecewa dengan apa yang berlaku. Dan saya amat terkilan dengan alasan di sebalik kejadian ini. Saya dah diberitahu Karangkraf sudah membuat permit penganjuran dan segala butiran yang diperlukan untuk menjalankan debat yang bakal diadakan ini.

“Ini bukan permintaan di bawah perhimpunan aman saya bukan menentang atau membuat protes kepada kerajaan saya hanya mahu adakan sesi dialog dengan Tun Mahathir. Saya tidak fikir berbahas dengan Dr Mahathir ini membuatkan saya tak boleh tidur malam. Waktu dia perdana menteri dulu pun saya dah lawan dia dah…dan saya dah menang. Apatah lagi dia sekarang bukan timbalan menteri dan perdana menteri,”katanya di parlimen semalam.

Menurutnya, dia bukan bisu seperti yang di dakwa Dr Mahathir.

“Saya bukanlah bisu. Lawan dengan Tun Mahathir tak ada hal lah. Small matter. Ia tak ada masalah bagi saya dan saya boleh tunggu,”katanya.

Sebelum ini, permohonan penganjuran debat di Kuala Kangsar ditolak polis kerana tidak menepati Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kelmarin, polis membatalkan permit penganjuran yang diberikan kepada Kumpulan Media Karangkraf untuk acara debat di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, selepas mendapati ada pihak tertentu merancang kekacauan.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata polis juga menerima 18 laporan daripada orang awam.-SuaraTV