Harrison Ford Terlepas Hukuman Insiden Pesawat Nyaris Terbabas

LOS ANGELES – Bintang Hollywood terkenal, Harrison Ford, tidak dikenakan sebarang tindakan berhubung insiden hampir terbabas ketika mengendalikan pewasat peribadinya di lapang terbang California enam minggu lalu.

Lesen juruterbang yang dimiliki beliau lebih 20 tahun juga tidak ditarik oleh pihak berkuasa.

Peguam beliau, Stephen Hofer dalam kenyataan berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan (FAA) telah menyiasat secara menyeluruh berhubung kes berkenaan dan ia telah pun ditutup.

Ford, 74,dilaporkan akan menjalani sesi kaunseling serta latihan.

Sementara itu jurucakap FAA, Ian Gregor turut mengesahkan perkata itu.

Pihaknya mengakui Ford mengikuti segala peraturan sepajang beliau membawa pesawat peribadinya selain memberi kerjasama penuh ketika siasatan dibuat.-AFP/RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.