Syarikat Penerbangan Patuh Syariah Terbaharu November Ini

KUALA LUMPUR – Satu lagi syarikat penerbangan patuh syariah akan dilancarkan pada November ini, sekaligus bakal penjadi pesaing kepada syarikat penerbangan Rayani Air.

 

Syarikat penerbangan terbaharu itu, Waqf Airlines, hasil kerjasama Perbadanan Wakaf Selangor dan Eco Riths Travel and Tour Sdn Bhd.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Waqf Airlines, Rithsman Mohamed berkata, syarikat penerbangan itu akan terbang ke Mekah dan Jeddah dengan menawarkan harga subsidi selain beberapa destinasi utama.

 

Memetik laporan Malay Mail Online, syarikat penerbangan itu berazam untuk menjadi syarikat penerbangan pertama yang dianugerahkan patuh syariah sepenuhya oleh pihak berkuasa dari segi operasi dan dana serta dipantau oleh lembaga syariah.

 

Katanya, pakaian anak kapal syarikat penerbangan itu akan mengikut syariat Islam dan mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa selain menyediakan ustaz untuk menyampaikan takzirah bagi penerbangan ke Arab Saudi.

 

Syarikat itu akan menyediakan bacaan doa sebelum berlepas dan mengumumkan waktu solat ketika dalam penerbangan dan tidak menolak kemungkinan memisahkan penumpang lelaki dan wanita bukan muhrim manakala tempat untuk keluarga akan diutamakan.

 

Selain menawarkan subsidi tambang kepada penumbang, Waqf Airlines juga merancang menyalurkan 20 peratus keuntungan ke Tabung Projek Kebajikan Perbadanan Wakaf Selangor dan dua peratus disalurkan ke Tabung Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.