Proton Gagal Kerana Sikap Mahathir – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Kedegilan bekas Pengerusi Proton Holdings Bhd, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan antara faktir mengapa prestasi syarikat tersebut mundur sehingga terpalit kerugian mencecah RM2.5 bilion sejak empat tahun lepas.

 

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, hal tersebut mengapa kerajaan sukar untuk menigkatkan prestasi kewangan syarikat pengeluar kenderaan tempatan itu.

 

“Sekiranya seseorang dalam syarikat mencadangkan idea berbeza dengan pandangannya (Dr Mahathir), orang tersebut akan dianggap bermasalah,” kata Anwar kepada pemberita.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Dr Mahathir meletakkan jawatan Pengerusi Proton pada khamis lepas.

 

Katanya, Proton banyak membuat urusniaga yang membawa kesusahan kepada Proton termasuk menjalin hubungan bersama Group Lotos Plc mengakibatkan syarikat kini dalam keadaan kucar-kacir.

 

Tambahnya, penjualan Proton juga merudum apabila syarikat yang pernah mendominasi 70 peratus pasaran tempatan kini berkurang kepada 30 peratus sahaja.

 

“Ini menunjukkan Proton berdepan dengan krisis kewangan besar sepanjang tempoh Dr Mahathir sebagai pengerusi.

 

“Malah, kerajaan telah berbelanja jumlah besar untuk memastikan syarikat kekal beroperasi,” katanya lagi.

 

Ujarnya, perletakan jawatan Dr Mahathir dari Proton memberikan nafas baru kepada syarikat untuk membaikpulih struktur kewangannya dan mengelakkan dari terus mengalami kerugian.

 

Katanya, pihak pengurusan Proton perlu dibantu dalam usaha menggariskan strategi baru bagi menjalin hubungan dengan syarikat automotif dari negara lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.