PKR Umum Kerusi, Calon PRN Sarawak Esok

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memutuskan jumlah kerusi dan senarai calon yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada mesyuarat Majlis Presiden yang dijadualkan esok.

 

“Ia akan diputuskan selepas Majlis Presiden,” kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kepada wartawan di lobi Parlimen di sini hari ini.

 

Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada April 11 ini bagi memberi laluan kepada PRN Sarawak yang dijangka diadakan seawal-awalnya akhir bulan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.