Netizen Bangga, Pertama Kali Lagu Negaraku Berkumandang Di MotoGP

KUALA LUMPUR – Netizen bangga, penunggang Malaysia, Khairul Idham Pawi yang mewakili Honda memenangi kejuaraan pertama sepanjang kerjaya apabila menjuarai Moto3 saingan Grand Prix (GP) Argentina, semalam.

 

Apa yang lebih membanggakan selepas lagu negaraku yang berkumandang di podium tersebut, Khairul Idham, 17, sempat mengelak semburan champange yang meraikan kemenangan pemain.

 

Asmawi Mat Seman berkata, “Sempat melarikan diri untuk mengelak semburan champange, cerah masa depan budak ni kalau istiqomah dalam perjuangan,”tulisnya.

 

“Saya bangga dengan Khairul, bangga dengar lagu negaraku!,”kata Khairul Adlin.

 

Terdahulu, Khairul Idham, yang bermula di petak keempat dapat menguasai perlumbaan di atas trek basah dengan kelebihan 26 saat, mengatasi rakan sepasukan Honda, Jorge Navarro dari Sepanyol dan pelumba Afrika Selatan mewakili KTM, Brad Binder.

 

Ia kemenangan sulung buat pelumba pasukan Honda Asia itu yang mula menyertai perlumbaan kelas ketiga Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

 

Beraksi di litar yang basah di akibat hujan sebelum perlumbaan jelas memberi kelebihan buat Khairul Idham yang bermula pantas memintas pelumba di depannya seawal pusingan pertama dan memimpin perlumbaan sehingga penamat dengan catatan 41 minit 35.452 saat.

 

Sebelum ini, Zulfahmi Khairuddin yang memenangi tempat kedua di GP Malaysia pada 2012.

 

Kemenangan ini menyaksikan Khairul Idham memungut 25 mata untuk berada di tempat keempat sementara Adam kekal di tangga ke-19 dengan lima mata selepas siri perlumbaan kedua kejohanan. Litar Amerika di Texas Tengah, Amerika Syarikat akan menjadi siri ketiga dari 8 hingga 10 April ini.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.