Nenek Diumum Penjaga Gol Terbaik

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas diumumkan sebagai penjaga gol terbaik ketika perlawanan persahabatan bola sepak wanita, 9 sebelah anjuran Armada Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Sembilan di Mukah, pada Ahad.

 

Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Kerja Raya, Misiah Taib melalui perkongsian di laman Twitter berkata, kemenangan tersebut menjadi kebanggaan masyarakat Kg Telian Ulu sekaligus membuktikan faktor usia bukan penghalang untuk kekal aktif.

 

Sementara itu menurut Valentine Royston warga emas itu Nyami Seem, 74 diumum sebagai penjaga gol terbaik sekaligus pemain terbaik perlawanan selepas berjaya menyelamatkan sepakan penalti pasukan lawan.

 

“Nenek Nyami Seem berjaya menyelamatkan sepakan penalti pasukan lawan dan hanya bolos satu gol sahaja sepanjang tempoh 20 minit masa perlawanan.

 

“Terima kasih kepada Kak Jailah selaku Ketua Wanita PBB Ranting Tellian Tengah di atas usaha merealisasikan perlawanan ini.,” katanya melalui akaun Facebooknya.

 

Royston turut mengharapkan kerjasama erat yang terjalin dapat diteruskan di masa hadapan.

 

“Terima kasih juga kepada YB Menteri Kerja Raya Dato Sri’ Fadillah serta rombongan jelajah Armada Pemuda PBB Negeri Sarawak di atas kesudian singgah di Mukah untuk program ini.

 

“Kerjasama erat seperti ini harus kita pupuk dan kekalkan sampai bila-bila.. Semoga bekerjasama lagi di lain masa.. Tahniah semuanya,” katanya lagi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.