Kerjasama Mahathir-Pakatan, Ibarat Pelacur Bayar Pelanggan – Raja Petra

KUALA LUMPUR – Kumpulan Kempen Anti Najib (ANC) harus sedar bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menggunakan pakatan pembangkang sebagai alat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari jawatan Perdana Menteri dan tidak mahu pakatan tersebut diangkat menjadi kerajaan.

 

Menyifatkan pakatan pembangkang sebagai pelacur, Raja Petra Kamaruddin berkata, Dr Mahathir hanya mengambil kesempatan ke atas pakatan tersebut demi mencapai hasrat menggulingkan Najib.

 

“Mahathir tidak bekerjasama dengan pembangkang, beliau hanya menggunakan pembangkang untuk menyingkirkan Najib dan pembangkang fikir mereka menggunakan Mahathir untuk menendang keluar Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

 

“Biar saya jelaskan dengan cara lain. Biasanya, pelanggan akan melanggan pelacur dan membayar pelacur untuk mendapat kepuasan. Dalam kes Mahathir, beliau mendapat kepuasan dari pelacur dan pelacur itu membayar beliau. Dan itulah Pakatan Rakyat: pelacur yang memberi kepuasan dan membayarnya (kepada pelanggan),” katanya di Malaysia Today.

 

Mengulas usaha ANC menyingkirkan Najib, beliau berkata, orang suruhan Dr Mahathir, Datuk A. Kadir, mendakwa mempunyai rahsia ke atas Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang dikatakan menjadi punca mengapa beliau berpaling tadah dari Dr Mahathir.

 

Ujarnya, rahsia yang diperolehinya itu akan mengakhiri zaman Najib sebagai Perdana Menteri dan mereka tidak sabar untuk menyingkirkan Presiden UMNO itu.

 

“Kadir memberitahu rakan-rakanya bahawa bulan April ini merupakan bukan terakhir Najib. Saya pernah mendengarnya sebelum ini. Pertama pada Julai 2015, kemudian Ogos, kemudian September, kemudian Oktober, kemudian November, kemudian Disember. Dan kini akan terjadi pada April 2016,” kata blogger itu lagi.

 

Menjelaskan mengapa ANC bersungguh-sungguh untuk menyingkirkan Najib kerana Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hanya mempunyai lebih kurang sebulan sebelum menamatkan kerjayanya di Bank Negara.

 

Ujarnya, Zeti yang bakal bersara tidak lama lagi sedar seseorang dari dalam Bank Negara memberikan set dokumen palsu kepada Wall Street Journal (WSJ) sekitar bulan Jun tahun lepas dan terbaru pada Mac 2016.

 

Dakwaan blogger tersebut dijelaskan berdasarkan artikel disiarkan pada 2 Julai 2015 oleh WSJ mendakwa memperoleh dokumen dari pihak berkuasa Malaysia berkaitan dana RM2.6 bilion kononnya berasal dari 1MDB.

 

“Peguam Negara (ketika itu), Gani Patail berkata menerima dokumen tersebut pada 4 Julai 2015. Dua hari selepas laporan WSJ, Dan siapa berikan beliau dokumen tersebut? Tentulah Bank Negara. Jadi Gani menerima dokumen tersebut dua hari selepas WSJ mengeluarkan cerita, menurut kenyataan rasmi.

 

“… kemudian pada 30 Mac 2016, WSJ mengeluarkan sebuah lagi cerita, versi kemaskini. Kali ini mereka katakan USD700 juta sebenarnya USD1 bilion dan dana tersebut merupakan derma dari Timur Tengah. Kali ini mereka mengeluarkan cerita benar dan ceritanya berbeza dengan apa yang dilaporkan pada 2 Julai 2015.

 

“Dan dalam cerita pada 30 Mac 2016, sepertimana pada 2 Julai 2015, WSJ berkata mereka melihat dokumen dan dokumen tersebut adalah kertas siasatan,” jelasya.

 

Tambahnya, seseorang dari Bank Negara akan ke penjara disebabkan isu ini, dan Gabenor Bank Negara kini gelisah kerana semua perkara menuju ke pintunya, “Dan beliau hanya tinggal satu bulan lagi: samaada beliau bersara atau ke penjara,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.