Video: Ali Tinju Gesa Najib, Rosmah Saman Rafizi RM100 Juta

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu malaysia, Mohd Ali Haji Baharom mendesak serta mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak serta isterinya, Datin Seri Rosmah membuat tuntutan saman malu sebanyak RM 100 juta keatas ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

 

Menurut beliau, ini penting kerana sekiranya mereka gagal membawa hal ini kemuka pengadilan, Rafizi akan merasakan dirinya berkuasa dan boleh melakukan sesuka hatinya.

 

 

“Saya minta dan gesa kepada beliau supaya ambil tindakan undang-undang saman malu, saya cadangkan kepada Perdana Menteri atau Dati Seri Rosmah agar inilah masanya, mereka jangan bertolak ansur, samanlah rafizi sebanyak RM100 juta kalau boleh di bawa ke mahkamah.

 

Jika mereka gagal ambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi, saya takut, kesannya akan berlaku selepas ini, Rafizi rasa dia hero, tiada undang-undang untuk menyekatnya.” katanya selepas di temui di IPD Dang Wangi Petang tadi.

 

Ekoran itu, beliau menuntut Rafizi agar mengemukan bukti segala tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri dan isteri.

 

“saya nak tanya rafizi, jika anda tuduh Datin Seri Rosmah Mansor, adakah bukti jelas najib dan Rosmah guna duit cukai GST tersebut.

 

“Saya juga bersama gerakan merah mohon jasa baik Perdana Menteri seerta Datin Seri Rosmah Mansor, supaya meneliti ucapa video himpunan haram bantah GST ini hendaklah dibawa ke muka pengadilan.” ujarnya.

 

Terdahulu, beliau serta beberapa wakil dari pertubuhan itu telah membuat laporan polis berkenaan demonstrasi haram membantah GST kerana beliau melihat tindakan tersebut melanggar undang-undang di Malaysia dan mahu mengambil tindakan terhadap penganjur. – SuaraTV

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.