Cindua mato: Babak Jumpa Remy Ishak Paling Sukar – Puteri Aishah

KUALA LUMPUR: Pelakon baru yang meningkat naik, Puteri Aisyah menyifatkan adegan bertemu dengan Cindua Mato lakonan remy Ishak adalah sangat sukar.

 

Beliau yang adegmemegang watak sebagai Puteri Bongsu itu berkata, tersebut memerlukan beliau untuk bertutur dalam bahasa klasik yang mana agak sukar untuk diterjemahkan dalam pementasan teater.

 

“Sangat sukar, part kena jumpa dengan Cindua Mato, which is tak banyak pun scene Puntri bongsu dalam cerita ini, dia kena bercakap dan mengadu kepada Cindua Mato, kena cakap bahasa klasik.

 

“Kita sekarang cakap seperti biasa, tapi ketika teater kita cakap lain bila nak bawa intonasi klasik tu sangat mencabar.” Katanya.

 

Tambah pelakon drama Cik Cinderalla itu, kesefahaman mereka terbentuk sejak dari latihan lagi kerana mereka telah setiap hari bertemu dan ini secara tidak langsung mencipta ‘Chemistry’ di antara mereka.

 

“kita jumpa hari-hari, rehersal hari-hari, menghadap muka sama pun hari hari, jadi dah terbiasa dengan Remy.” ujarnya selepas tamat pementasan teater tersebut.

 

Terdahulu, beberapa bintang ternama Malaysia telah membintangi Teater Cindua mato di Istana Budaya seperti Remy Ishak, Datuk Jalaludin Hassan, Puteri Aishah, Asyraf Muslim dan ramai lagi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.