Bekas Isteri Jimmy Shanley Luah Rasa Kecewa, Selepas Keluar Penjara

KUALA LUMPUR – Nursuhaila Eliani Suhaimy menyifatkan banyak hikmah yang dipelajarinya bermula dengan kes penceraian hingga pengalaman dipenjarakan minggu lalu.

 

Bekas isteri kepada pengacara Jimmy Shanley itu berkata, sepanjang penceraian sehingga hari dipenjarakan, dia berasa amat sedih apabila meninggalkan anak tunggalnya hanya kerana seorang bapa yang tidak menghiraukan langsung tentang nafkah dan kebajikan anak.

 

“Sebagai seorang ayah yang kononnya inginkan hak anak, dia sepatutnya tanpa gagal memberikan nafkah anak walaupun tidak dituntut.

 

“Kedudukan saya yang dianggap mampu dari segi wang ringgit tidak sepatutnya di ambil kesempatan.

 

“Saya dengan rela hati, bekerja, berkorban masa dan tenaga untuk masa depan anak saya ini tanpa bantuan bekas suami sepanjang penceraian kami,” katanya memetik laporan MalaysiaGazette.

 

Tegas Nursuhaila, sesungguhnya hukuman penjara telah menjadikan bukti kepada anaknya betapa dia mempertahankannya tanda kasih sayang yang tidak terhingga seorang ibu.

 

“Saya buat semuanya demi melindungi anak dari seorang ayah yang tak berperikemanusiaan yang tergamak memenjarakan bekas isteri yang pernah melahirkan zuriatnya.

 

“Saya juga adalah bekas isteri yang membesarkan anaknya dan yang memberi kasih sayang dan nafkah pada anaknya.

 

“Anak saya adalah anugerah Allah yang akan saya pikul tanggungjawab membesarkanya dengan penuh keikhlasan.

 

“Saya berdoa agar Allah swt memberi kekuatan kepada saya terhadap dugaan berhadapan bekas suami yang mempunyai hati yang berdendam,” katanya.

 

Wanita berusia 30 tahun itu berharap penjelasan ini dapat memberikan pencerahan terhadap tanda tanya pihak-pihak tertentu berkenaan hukuman saya ingkar hingga dipenjarakan.

 

“Semoga apa yang baik terhadap pengalaman ini, saya jadikan semangat meneruskan hidup dan yang buruk diperbetulkan untuk hari-hari seterusnya,” katanya.

 

Khamils lalu, Nursuhaila yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Natasya Holdings menjalani hukuman penjara tiga hari di Penjara Wanita Kajang selepas Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam mendengar rayuan wanita tersebut menerusi peguamnya Saadiah Din.

 

Dia sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada Januari tahun lalu selepas didapati bersalah mengingkari perintah berhubung hal lawatan dan bermalam membabitkan anak mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.