1MDB Tiada Hutang Tertunggak

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak mempunyai hutang tertunggak pada masa ini, kata Kementerian Kewangan.

 

Dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat menjawab pertanyaan Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang), ia berkata 1MDB juga tidak pernah gagal dalam melunaskan segala hutang-hutangnya termasuk pembayaran faedah pinjaman.

 

Mengenai satu lagi soalan Hanipa berkenaan jumlah hutang 1MDB yang dijamin kerajaan, kementerian itu berkata ia adalah sebanyak RM5.8 bilion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.