Video: Remaja India Dipukul Tersebar Di Media Sosial

Kuala Lumpur -Seorang remaja berketurunan India dipukul oleh sekumpulan lelaki, tersebar di laman media sosial Facebook

 

Melalui rakaman video yang dihantar kepada SuaraTV sebentar tadi, remaja yang cedera di muka itu diminta membuat pengakuan manakala seorang lelaki dari kumpulan terbabit merakam kenyataannya.

 


Remaja India Dipukul by suaratv2014

 

Di dalam video berdurasi dua minit lima puluh saat itu, menunjukkan remaja lelaki itu cedera di muka dipercayai di pukul.

 

Melalui terjemahan ringkas yang dibuat SuaraTV, remaja tersebut dikatakan terlibat dengan masalah dadah.

 

Ketika sedang memberikan kenyataannya, remaja  itutersebut turut dilihat dipukul berkali-kali sebelum ditenangkan oleh rakan yang lain.

 

SuaraTV sedang cuba menghubungi pihak polis bagi mendapatkan pengesahan berhubung kejadian ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.