Laporan Yang di-Pertuan Agong Gering, Palsu

Kuala Lumpur – Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah menafikan penyebaran maklumat mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sedang gering, selepas rebah di istana.

 

Datuk Paduka Mohd Puat Mohd Ali dalam satu kenyataan menegaskan, pihaknya dukacita dengan penyebaran khabar angin itu.

 

“Saya merasa dukacita, kerana ada pihak tertentu yang berniat jahat dan bersifat jahil telah menyebarkan fitnah bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah gering, kerana rebah di istana.

 

“Berita ini timbul, apabila ada permintaan supaya diadakan majlis yasin bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Duli Tuanku di Kedah.

 

“Majlis yasin itu lazimnya diadakan di Kedah, kerana rakyat Kedah menyayangi Duli Tuanku.

 

“Semoga Allah menganugerahkan Duli Baginda berdua panjang umur dan sihat sejahtera sentiasa. Amin,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.