Kita Akan ‘Attack’ Balik Tun Mahathir

Kuala Lumpur – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bersedia menyerang balas kenyataan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan semua sumber yang ada termasuk media sosial bagi mempertahankan Dato’ Seri Najib Razak.

 

Amaran itu diberikan Ketua Pengarahnya, Dato’ Dr. Mohd Puad Zarkashi yang menyifatkan serangan terbaharu Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri terlalu sensitif dan boleh menimbulkan banyak persoalan.

 

“Dia (Tun Mahathir) bangkitkan supaya kerajaan siasat balik kes Sirul. Kenapa dia nak bangkitkan isu Sirul yang sudah diputuskan mahkamah.

 

“Kita akan attack (serang) balik Tun Mahathir untuk memperbetulkan persepsi buruk terhadap terhadap Perdana Menteri,” katanya pada sidang media pada Jumaat.

 

Mohd Fuad yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat pada PRU13 berkata, tuduhan Dr Mahathir semata-mata mahu menjatuhkan Najib.

 

“Kita akan jelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan Tun Mahathir dan salah satunya menggunakan media sosial untuk menangkis dakwaan ini,” katanya yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan.

 

Menerusi blognya, Dr Mahathir mendakwa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kalah pada PRU14 sekiranya Najib masih berkuasa dan gagal menjawab tuduhan-tuduhan melibatkan pembunuhan Altantuya, skandal 1MDB, pembelian pesawat baharu dan sumber kekayaan keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.