Jenazah Juwie Selamat Disemadikan

KUALA LUMPUR – Jenazah maestro dunia penulisan kewartawanan hiburan, Juwie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Selayang Baru di sini, pukul 10.30 pagi ini.

 

Antara yang dilihat menziarahi jenazah ialah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan Pengerusi Media Prima, Tan Sri Johan Jaaffar.

 

Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Salleh, pernah bertugas di bawah penyeliaan kedua-dua bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan itu sekitar tahun 1990-an dan awal 2000.

 

Terdahulu, jenazah telah disembahyangkan di Surau At-Tarbiah Darul Falah.

 

Sementara itu, rakan artis seperti Erra Fazira, Umie Aida dan Ziela Jalil antara rakan artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir di kediaman keluarga Allahyarham di Selayang Baru.

 

Juwie meninggal dunia pada usia 62 tahun malam tadi di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.