Dipenjara 18 Tahun, Kendali Laman Web Lucah Dan Peras Ugut

SAN DIEGO – Peguam Negara California dalam kenyataannya berkata seorang lelaki dari San Diego telah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana mengendalikan laman web lucah dan memeras ugut mangsa supaya membayar sejumlah wang bagi membuang imej lucah tersebut.

 

Peguam Negara, Kamala Harris berkata hukuman yang dijatuhkan kepada Kevin Christopher Bollaert, 28, memberikan isyarat kepada orang ramai bahawai mengeksploitasi dalam talian memberikan kesan yang buruk.

 

Bollaert pernah disabitkan kesalahan pada Februari untuk kesalahan mencuri identiti dan peras ugut di Mahkamah Tinggi San Diego.

 

Pendakwaraya berkata, dia menjalankan laman web ugotposted.com, yang mana orang ramai meletakkan imej lucah bekas kekasih, dan mangsa dipaksa membayar kepada Bollaert untuk membuang imej tersebut.

 

Selain itu, menurut pendakwaraya mangsa termasuklah guru, isteri dan golongan profesional terjejas dari segi pekerjaan, merosakkan perhubungan dan turut membawa kepada percubaan membunuh diri.

 

Bollaert dikatakan mendapat kira-kira RM108,747 ($30,000) daripada mangsa yang membayar untuk membuang imej mereka. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.