Allahyarham Jamaluddin Biayai Rumah Anak Yatim, Secara Senyap-Senyap

Oleh: Syahril A. Kadir

 

 

Untuk sekian kalinya sejak sekian lama, saya ingin memberitahu, inilah rumah anak yatim di Pulau Nias, Sumatera Utara Indonesia yang dibantu Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis ‘secara senyap-senyap’ sejak hampir 10 tahun lalu.

 

Saya adalah orang yang akan dihubungi secara ‘direct’ (terus) melalui telefon bimbit oleh Tan Sri untuk membawa sejumlah duit zakat peribadi beliau untuk anak-anak yatim mangsa gempa bumi ini terutama menjelang musim lebaran.

 

Selalunya akan ada dua tiga orang kepercayaan beliau akan bersama saya dalam setiap misi bantuan ini.

 

JJ rumah anak yatim

Selain daripada anak yatim mangsa gempa bumi beragama Islam, Tan Sri atas dasar kemanusiaan juga pernah mengarahkan kami menyalurkan sumbangan kepada anak yatim mangsa gempa bumi beragama Kristian di pulau itu.

 

Kali terakhir saya membawa wang zakat Tan Sri ke sini ialah kira-kira empat bulan lepas dan untuk pengetahuan semua, bukan ini saja sumbangannya malah banyak lagi terutama di dalam negara tetapi semua dibuat tanpa media dan publisiti.

 

” Selagi saya hidup tak payahlah cerita benda ni, ” kata beliau.

 

Itu yang sering terngiang di telinga saya sehingga ke hari ini .

 

Semoga Allah merahmati beliau, Al Fatihah dan saya kehilangan kata-kata.

 

SAK: Tan Sri damailah di sana, hajat dan amanah Tan Sri telah kami tunaikan. Doa kami bersama Tan Sri selamanya.

 

 

Nota: Artikel pendek tersebut dipetik dari laman Facebook penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.