Pembantu Kedai Didenda RM800 Kerana Cederakan Isteri

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM800 atau tiga bulan penjara ke atas seorang pembantu kedai makan kerana mencederakan isterinya Isnin lepas.

Majistret Nurul’Ain Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Noor Hafizul Aziz Saad, 28, selepas dia mengaku bersalah di mahkamah hari ini.

Mengikut pertuduhan, Noor Hafizul Aziz dituduh dengan sengaja mencederakan isterinya, Rizawati Zainudin,38, yang juga seorang pramugari di rumah mereka di Flat PKNS Jalan Raja Muda Kampung Baru, di sini, kira-kira pukul 2 petang, 31 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Raveendran, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Utusan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.