Miley Cyrus jadi subjek kuliah

Selepas Beyonce, Miley Cyrus pula dijadikan bahan pembelajaran pada peringkat universiti bagi mempelajari tingkah laku dan budaya selebriti Hollywood yang menjurus kepada aspek sosiologi.

Sebuah pusat pengajian di New York, Amerika Syarikat, membuka kelas untuk mendalami sisi sosiologi penyanyi Wrecking Ball itu yang menjadi artis paling kontroversi sepanjang tahun lalu.

Diketuai penolong profesor jurusan sosiologi, Carolyn Chernoff, di Kolej Skidmore, kelas baru yang dinamakan The Sociology of Miley Cyrus: Race, Class, Gender and Media bakal dimulakan selepas cuti musim panas ini.

Kuliah berkenaan akan memfokuskan kepada keperibadiannya pada mata umum, muzik serta perincian lain yang berkaitan sosiologi meliputi pembahasan imej liarnya serta kritikan media terhadap bintang berusia 21 tahun itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.