Tahun Lalu Lompat Masuk PKR, Sekarang Adun Balung Lompat Masuk Warisan

KOTA KINABALU – Adun Balung, Osman Jamal hari ini mengumumkan keluarkan PKR, yang disertai pada Julai, untuk bersama parti Shafie Apdal, Warisan.

Osman, yang menang atas tiket Barisan Nasional pada pilihan raya lepas, adalah salah seorang daripada 6 wakil rakyat BN yang mengisytiharkan kesetiaan pada Warisan 2 hari selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas.

Shafie berkata Osman menyuarakan hasrat untuk menyertai Warisan di majlis angkat sumpah ketua menteri di istana negeri pada Mei tahun lepas.

“Hari ini, dia suarakan hasrat sertai Warisan secara terbuka, walaupun ia mengambil masa 1 tahun. Kami mengalu-alukan penyertaannya,” katanya.

Sementara itu, Osman, seorang bekas pengarah Jabatan Tanah dan Ukur berkata, dia kembali kepada parti pelbagai kaum yang berpangkalan di Sabah demi pembangunan fizikal dan sosial di Balung.

Beliau memberitahu pemberita dia akan meninggalkan PKR pada Mac, tetapi tidak memaklumkan parti mana yang akan disertainya.

Adun BN lain yang keluar gabungan itu pada Mei lepas adalah Adun Tanjong Batu, Hamisa Samat (Umno); Adun Sebatik, Abdul Muis Picho (Umno); Adun Paginatan, Abidin Madingkir (Upko); Adun Kedamaian, Ewon Benedick (Upko); dan Adun Kemabung, Jawawi Jaafar (Umno).

Dengan kemasukan Osman, Warisan kini mempunyai 29 wakil rakyat daripada 60 DUN. PKR ada 2, DAP 6 dan Upko 4. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.