Isu Buluh Ganti Sawit: Kenapa Pula Peneroka Nak Sakit Hati? – Teressa Kok

KUALA LUMPUR – Menteri Industri Utama, Teresa Kok mempersoalkan mengapa pekebun dan peneroka berasa sakit hati terhadap cadangannya agar golongan itu mempunyai tanaman alternatif lain selain bergantung kepada kelapa sawit sebagai sumber pendapatan.

Beliau malah berkata, cadangan itu sejajar dengan pandangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sendiri pernah memaklumkan untuk tidak bergantung kepada satu jenis tanaman sahaja.

“Mengapa mereka rasa sakit hati ? kerana kenyataan yang saya keluarkan itu?

“Bukan sahaja daripada saya malah Perdana Menteri sendiri pernah menyuarakan pandangan kita tidak patut hanya bergantung kepada satu jenis tanaman.

“Jadi saya tidak faham mengapa mereka kecil hati.. Yang kecil hati siapa? Utusan Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Forum Perniagaan Minyak Kelapa Sawit Malaysia-China, di sini hari ini.

Lain-Lain berita;-

Netizen Bidas Teresa Asyik Main Telefon Bimbit Ketika PM Bentang RMK-11

Dengarlah Nasihat Penjawat Awam, Jangan Asyik Google Saja, Isham Jalil Tempelak Teresa Kok

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan, Teresa mencadangkan kepada pekebun supaya beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu seluruh negara.

Namun, tegas beliau, buluh, nanas dan kelapa adalah cadangan alternatif kepada pekebun kecil yang selama ini bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan, dan bukan sebagai tanaman pengganti.

Sebuah portal hari ini melaporkan peneroka Felda tidak bersetuju dengan saranan kerajaan supaya pekebun mengehadkan peluasan tanaman kelapa sawit sebaliknya menambah pendapatan mereka dengan menanam tanaman alternatif lain.

Salah seorang peneroka Felda menyifatkan cadangan itu sangat mengecewakan kerana percaya kelapa sawit sangat berbudi kepada warga peneroka dan kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha mengatasi masalah dalam industri sawit itu sendiri. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.